Mosquecare mampu lahirkan ramai sukarelawan
Hampir sepuluh orang Skuad Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan melibatkan diri dalam satu program Mosquecare yang bertempat di
Masjid Pekan Salak Tinggi, Sepang,
Selangor pada 26 April 2015.
Mosquecare adalah satu projek khidmat bakti komuniti yang
diinisiatif dan digerakkan oleh Briged Bakti Malaysia (BBM).
Amin Muiz, 23, yang merupakan salah seorang pelajar Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, program Mosquecare banyak memberi manfaat dalam
mengisi masa lapang mereka pada hujung minggu, selain memupuk sikap
kesukarelawanan dalam kalangan belia terutamanya pelajar IPT.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap
sukarelawan dalam diri setiap ahli selain mendekatkan belia dengan masjid dan
kegiatan masjid.
Haji Abdullah Muda merangkap Pengerusi BBM Negeri Sembilan berkata,
“Dengan jumlah sepuluh orang sukarelawan ini, mereka dilihat mampu menjadi ikon
kepada belia-belia di luar sana dalam menjalankan tugas membersih, membaikpulih,
menceria dan mengimarahkan masjid serta surau di seluruh Malaysia.”
Program ini akan diadakan 2 minggu sekali dalam sebulan secara
berkala dan berterusan , tambah Haji Abdullah ketika ditemubual.
Persiapan skuad sukarelawan sebelum menjalankan
aktiviti pembersihan
|
Aktiviti mengecat pagar masjid sedang dijalankan |
Aktiviti pembersihan sedang dilakukan sebelum proses mengecat dijalankan |