Sunday 26 April 2015

Mosquecare Mampu Lahirkan Ramai Sukarelawan

0 comments

Mosquecare mampu lahirkan ramai sukarelawan

Hampir sepuluh orang Skuad Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan melibatkan diri dalam satu program Mosquecare yang bertempat di  Masjid Pekan Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 26 April 2015.

Mosquecare adalah satu projek khidmat bakti komuniti yang diinisiatif dan digerakkan oleh Briged Bakti Malaysia (BBM).

Amin Muiz, 23, yang merupakan salah seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, program Mosquecare banyak memberi manfaat dalam mengisi masa lapang mereka pada hujung minggu, selain memupuk sikap kesukarelawanan dalam kalangan belia terutamanya pelajar IPT.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap sukarelawan dalam diri setiap ahli selain mendekatkan belia dengan masjid dan kegiatan masjid.

Haji Abdullah Muda merangkap Pengerusi BBM Negeri Sembilan berkata, “Dengan jumlah sepuluh orang sukarelawan ini, mereka dilihat mampu menjadi ikon kepada belia-belia di luar sana dalam menjalankan tugas membersih, membaikpulih, menceria dan mengimarahkan masjid serta surau di seluruh Malaysia.”

Program ini akan diadakan 2 minggu sekali dalam sebulan secara berkala dan berterusan , tambah Haji Abdullah ketika ditemubual. 

Persiapan skuad sukarelawan sebelum menjalankan aktiviti pembersihan

Aktiviti mengecat pagar masjid sedang dijalankan

Aktiviti pembersihan sedang dilakukan sebelum proses mengecat dijalankan


Read more...