Thursday 13 August 2015

Iftar Ramadhan Mustadafin Sebagai Salah Satu Jalan Dakwah

0 comments
Semua kanak-kanak kelihatan kegembiraan bersama dengan hasil lukisan yang diwarnakan 


وجعلنكم شعوبا وقبائل لتعارفوا.
“Dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” (Surah al-hujurat ayat 13)


            Ayat Al-quran ini bertepatan dengan matlamat program Iftar Ramadhan Mustadafin Selangor yang telah disertai oleh wakil dari Skuad Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan seramai 5 orang di Perkampungan Orang Asli, Sungai Lalang, Semenyih pada 04 Julai 2015.
Menurut Tok Batin En. Ali bin Abdullah, penduduk  di kampung Sungai Lalang didiami oleh penganut dua agama iaitu agama Islam dan Kristian. Jumlah penduduk di kampung ini seramai 113 keluarga. Program ini disertai oleh pelajar tiga buah Institut Pengajian Tinggi iaitu wakil sukarelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tujuan program ini adalah untuk menyebarkan dakwah kepada orang asli tentang Islam. Selain itu, secara tidak langsung program ini juga dapat menjadi satu alternatif kepada golongan remaja dan belia yang berminat kepada kerja-kerja sukarela dan sosial yang bermanfaat.

      Pelbagai pengisian yang telah dilakukan bersama penduduk kampung orang asli. Antaranya ialah mewarna,membuat gelang dan sebagainya.

Sukarelawan meluangkan masa bersama kanak-kanak orang asli
Sesi kraftangan sukarelawan bersama kanak-kanak dan penduduk di sana


Antara hasil lukisan dan mewarna yang dihasilkan oleh salah seorang kanak-kanak di sana




0 comments:

Post a Comment