Sunday 18 October 2015

Kem Gilap Potensi Remaja Soleh Cungkil Potensi Remaja

0 comments
Sekalung tahniah diucapkan kepada Skuad Sukarelawan Briged Bakti dari Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, kerana telah menjayakan program KEM GENERASI POTENSI REMAJA SOLEH (Kem GPRS) di SURAU AL HIDAYAH, DESA KOLEJ selama 3 hari 2 malam pada 2 hingga 4 Oktober baru-baru ini.

Program yang julung kali diadakan di Negeri Sembilan ini mendapat sambutan yang menggalakkan pada saat akhir. Pada peringkat awal pendaftaran, hanya 8 orang sahaja peserta yang menunjukkan minat, dan pihak urusetia sudah berkira-kira akan menangguhkan kem ini ke sesi lain. 

Namun pada saat akhir, iaitu pada hari pendaftaran kem selepas solat Jumaat, ibu bapa berpusu-pusu menghantar anak-anak mereka ke Kem GPRS sehingga jumlah pendaftaran mencecah hampir 40 orang.

Program ini bermula pada 2-4 Oktober 2015 yang melibatkan hampir 40 orang peserta dari peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ialah aktiviti team building, slot motivasi, aktiviti ibadah, qiyamullail dan explore race. 


Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Surau Al Hidayah yang sudi membantu dalam menjayakan lagi program ini dan ucapan terima kasih juga kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak.




















Read more...

Thursday 13 August 2015

Iftar Ramadhan Mustadafin Sebagai Salah Satu Jalan Dakwah

0 comments
Semua kanak-kanak kelihatan kegembiraan bersama dengan hasil lukisan yang diwarnakan 


وجعلنكم شعوبا وقبائل لتعارفوا.
“Dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” (Surah al-hujurat ayat 13)


            Ayat Al-quran ini bertepatan dengan matlamat program Iftar Ramadhan Mustadafin Selangor yang telah disertai oleh wakil dari Skuad Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan seramai 5 orang di Perkampungan Orang Asli, Sungai Lalang, Semenyih pada 04 Julai 2015.
Menurut Tok Batin En. Ali bin Abdullah, penduduk  di kampung Sungai Lalang didiami oleh penganut dua agama iaitu agama Islam dan Kristian. Jumlah penduduk di kampung ini seramai 113 keluarga. Program ini disertai oleh pelajar tiga buah Institut Pengajian Tinggi iaitu wakil sukarelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tujuan program ini adalah untuk menyebarkan dakwah kepada orang asli tentang Islam. Selain itu, secara tidak langsung program ini juga dapat menjadi satu alternatif kepada golongan remaja dan belia yang berminat kepada kerja-kerja sukarela dan sosial yang bermanfaat.

      Pelbagai pengisian yang telah dilakukan bersama penduduk kampung orang asli. Antaranya ialah mewarna,membuat gelang dan sebagainya.

Sukarelawan meluangkan masa bersama kanak-kanak orang asli
Sesi kraftangan sukarelawan bersama kanak-kanak dan penduduk di sana


Antara hasil lukisan dan mewarna yang dihasilkan oleh salah seorang kanak-kanak di sana




Read more...

Friday 7 August 2015

Syarahan Dakwah Bil Hal & Humanitarianism

0 comments


Pada 5 ogos 2015 baru-baru ini, Pengerusi Kebangsaan Briged Bakti Malaysia, Yang Berbahagia Dato Dr Abd Razak bin Haji Kechik, telah dijemput menyampaikan syarahan istimewa bertajuk Dakwah Bil Hal & Humanitarianism. Syarahan tersebut dianjurkan oleh Kelab Staf Kuliyyah of Information and Communications Technology, Universiti Islam Antarabangsa, dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Pertubuhan Staf Akademik UIA (ASA).

Dalam syarahan tersebut, Yang berbahagia Dato telah berkongsi pengalaman awal beliau sewaktu mula-mula terlibat dalam gerakan bantuan kemanusiaan. Antara isi menarik yang dikongsikan ialah, bagaimana beliau tanpa pengalaman dan tanpa pendidikan formal dalam bidang agama, dilantik mengetuai masyarakat Islam di Dublin, Ireland, selain banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan di sana seperti menguruskan jenazah, mengasaskan pusat sembelihan halal, memberikan pendidikan agama, dan mengislamkan penduduk tempatan.

Seterusnya, beliau berkongsi berkenaan dakwah bil hal yang beliau asaskan ketika menjadi doktor, bersama pasukan beliau, khususnya di Kelantan. Beliau menceritakan berkenaan kegiatan yang beliau laksanakan dalam kelompok pasukan perubatan beliau, ketika menyantuni masyarakat orang Asli di Kelantan, Perak, Pahang dan tempat-tempat lain.

Beliau turut berkongsi berkenaan tafsiran ayat-ayat Quran dan kaitannya dengan dakwah bil hal dan bantuan kemanusiaan. Syarahan beliau ditamatkan dengan jemputan kepada hadirin untuk mengikuti misi bantuan ke beberapa tempat seperti ke Cebu, Filipina, ke Kelantan, dan tempat-tempat lain, bagi merasai sendiri pengalaman berdakwah dan menyantuni masyarakat bukan Islam.

BBM Negeri Sembilan turut menghantar wakil bagi mendapatkan perkongsian yang sangat berharga tersebut.

Syarahan tersebut boleh dimuatturun melalui link berikut : http://bit.ly/dakwahbilhal

Saiz 60MB. Format audio, OGG.
Kredit perakam - Ustaz Hafizuddin Kamaruzzaman (Usim)
Read more...

Saturday 30 May 2015

Gotong-royong Pusara Pupuk Sikap Kesukarelawan

0 comments

Gotong-royong pusara pupuk sikap kesukarelawan

Seramai enam orang sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan hampir 20 orang ahli Qaryah Surau Al- Firdaus, Nilai Impian bergotong-royong membersihkan pusara di kawasan perkuburan Alam Abadi, Nilai Impian, Negeri Sembilan.

Program pada 30 Mei 2015 itu anjuran Ahli Jawatan Kuasa Surau Al- Firdaus, Nilai Impian dan Briged Bakti Malaysia sebagai sukarelawan, mendedahkan masyarakat akan kepentingan untuk menjaga kebersihan pusara dan mendekatkan mereka dengan alam abadi bagi mengingati akhirat dan juga kepada kematian.

Secara tidak langsung, program ini dapat memberi motivasi kepada para sukarelawan dan masyarakat dalam membentuk mereka supaya menghayati roh Islam dan
adab-adab ketika berada dalam kawasan perkuburan.

Sementara itu, program ini dapat meningkatkan cakna sukarelawan dan hubungan social terhadap komuniti sekitar yang lebih ramai, sekaligus mendidik keyakinan diri mereka apabila berdepan dengan masyarakat. 

Melalui program ini, pihak masjid dapat memupuk nilai-nilai sukarelawan dalam kalangan ahli
Qaryah masjid dan pelajar, meskipun mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. 
Apa yang menarik, semua sukarelawan bersatu atas satu keinginan iaitu untuk berbakti dan saling bekerjasama menabur bakti.


Salah seorang sukarelawan membantu ahli Qaryah masjid memindahkan pagar pintu perkuburan

Sukarelawan sedang membersih rumput-rumput kering di kawasan perkuburan
Aktiviti membakar rumput-rumput kering dijalankan oleh para sukarelawan



Read more...

Sunday 26 April 2015

Mosquecare Mampu Lahirkan Ramai Sukarelawan

0 comments

Mosquecare mampu lahirkan ramai sukarelawan

Hampir sepuluh orang Skuad Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan melibatkan diri dalam satu program Mosquecare yang bertempat di  Masjid Pekan Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 26 April 2015.

Mosquecare adalah satu projek khidmat bakti komuniti yang diinisiatif dan digerakkan oleh Briged Bakti Malaysia (BBM).

Amin Muiz, 23, yang merupakan salah seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, program Mosquecare banyak memberi manfaat dalam mengisi masa lapang mereka pada hujung minggu, selain memupuk sikap kesukarelawanan dalam kalangan belia terutamanya pelajar IPT.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap sukarelawan dalam diri setiap ahli selain mendekatkan belia dengan masjid dan kegiatan masjid.

Haji Abdullah Muda merangkap Pengerusi BBM Negeri Sembilan berkata, “Dengan jumlah sepuluh orang sukarelawan ini, mereka dilihat mampu menjadi ikon kepada belia-belia di luar sana dalam menjalankan tugas membersih, membaikpulih, menceria dan mengimarahkan masjid serta surau di seluruh Malaysia.”

Program ini akan diadakan 2 minggu sekali dalam sebulan secara berkala dan berterusan , tambah Haji Abdullah ketika ditemubual. 

Persiapan skuad sukarelawan sebelum menjalankan aktiviti pembersihan

Aktiviti mengecat pagar masjid sedang dijalankan

Aktiviti pembersihan sedang dilakukan sebelum proses mengecat dijalankan


Read more...