Saturday 30 May 2015

Gotong-royong Pusara Pupuk Sikap Kesukarelawan

0 comments

Gotong-royong pusara pupuk sikap kesukarelawan

Seramai enam orang sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan hampir 20 orang ahli Qaryah Surau Al- Firdaus, Nilai Impian bergotong-royong membersihkan pusara di kawasan perkuburan Alam Abadi, Nilai Impian, Negeri Sembilan.

Program pada 30 Mei 2015 itu anjuran Ahli Jawatan Kuasa Surau Al- Firdaus, Nilai Impian dan Briged Bakti Malaysia sebagai sukarelawan, mendedahkan masyarakat akan kepentingan untuk menjaga kebersihan pusara dan mendekatkan mereka dengan alam abadi bagi mengingati akhirat dan juga kepada kematian.

Secara tidak langsung, program ini dapat memberi motivasi kepada para sukarelawan dan masyarakat dalam membentuk mereka supaya menghayati roh Islam dan
adab-adab ketika berada dalam kawasan perkuburan.

Sementara itu, program ini dapat meningkatkan cakna sukarelawan dan hubungan social terhadap komuniti sekitar yang lebih ramai, sekaligus mendidik keyakinan diri mereka apabila berdepan dengan masyarakat. 

Melalui program ini, pihak masjid dapat memupuk nilai-nilai sukarelawan dalam kalangan ahli
Qaryah masjid dan pelajar, meskipun mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. 
Apa yang menarik, semua sukarelawan bersatu atas satu keinginan iaitu untuk berbakti dan saling bekerjasama menabur bakti.


Salah seorang sukarelawan membantu ahli Qaryah masjid memindahkan pagar pintu perkuburan

Sukarelawan sedang membersih rumput-rumput kering di kawasan perkuburan
Aktiviti membakar rumput-rumput kering dijalankan oleh para sukarelawan



0 comments:

Post a Comment