Gotong-royong
pusara pupuk sikap kesukarelawan
Seramai enam orang
sukarelawan Briged Bakti Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan dan hampir 20 orang ahli Qaryah
Surau Al- Firdaus, Nilai Impian bergotong-royong
membersihkan pusara di kawasan perkuburan Alam Abadi, Nilai Impian, Negeri
Sembilan.
Program pada 30 Mei 2015 itu anjuran Ahli
Jawatan Kuasa Surau Al- Firdaus, Nilai Impian dan Briged Bakti Malaysia sebagai sukarelawan,
mendedahkan masyarakat akan kepentingan untuk menjaga kebersihan pusara dan mendekatkan
mereka dengan alam abadi bagi mengingati akhirat dan juga kepada kematian.
Secara tidak langsung, program ini dapat memberi motivasi kepada para sukarelawan dan masyarakat dalam membentuk mereka supaya menghayati roh Islam dan adab-adab ketika berada dalam kawasan perkuburan.
Sementara itu, program ini dapat meningkatkan cakna sukarelawan dan hubungan social terhadap komuniti sekitar yang lebih ramai, sekaligus mendidik keyakinan diri mereka apabila berdepan dengan masyarakat.
Melalui program ini, pihak masjid dapat memupuk nilai-nilai sukarelawan dalam kalangan ahli Qaryah masjid dan pelajar, meskipun mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Apa yang
menarik, semua sukarelawan bersatu atas satu keinginan iaitu untuk berbakti dan
saling bekerjasama menabur bakti.
Salah seorang sukarelawan membantu ahli Qaryah masjid memindahkan pagar pintu perkuburan |
Sukarelawan sedang membersih rumput-rumput kering di kawasan perkuburan |
Aktiviti membakar rumput-rumput kering dijalankan oleh para sukarelawan |